Filipina komited pada PBB

Filipina komited pada PBB

MANILA, 22 Ogos – Filipina tidak akan meninggalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata menteri luarnya hari ini, sehari selepas Presiden Rodrigo Duterte mengancam akan menarik diri daripada badan dunia itu kerana menggesa beliau menamatkan gelombang pembunuhan dalam kempen antidadahnya.

Setiausaha Luar Perfecto Yasay berkata kenyataan Duterte itu “ialah satu kenyataan yang melahirkan rasa hampa dan kekecewaan tidak terhingga”.

“Kami komited pada PBB walaupun banyak kekecewaan kami terhadap agensi antarabangsa itu,” kata Yasay dalam satu sidang media.

Perkara itu juga disokong oleh jurucakap selaku penolong presiden, Ernesto Abella yang memberitahu AFP bahawa, “ia adalah cara untuk mengatakan negara itu adalah berdaulat. Ia bukanlah kenyataan sebenar yang kami akan meninggalkannya.” – AFP/Reuters

ARTIKEL YANG SAMA