Filipina kurangkan latihan bersama AS

Filipina kurangkan latihan bersama AS

MANILA, Filipina, 9 Nov – Para pegawai pertahanan Filipina berkata Presiden Rodrigo Duterte telah meluluskan pelanjutan latihan tentera bersama dengan pasukan Amerika Syarikat (AS), namun jumlah latihan akan dikurangkan dan tidak akan memasukkan serangan olok-olok.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana berkata hari ini bahawa Duterte juga akan membenarkan kerajaan untuk meneruskan persetujuan pertahanan 2014 bersama Washington yang membenarkan pasukan AS untuk ditugaskan sementara di lima kem tentera Filipina yang ditetapkan, di samping bersama kapal perang dan pesawat mereka.

Duterte sebelumnya mengancam untuk menamatkan latihan tentera bersama AS.

Lorenzana berkata dia dan pegawai keselamatan lain menjelaskan kepada presiden semasa mesyuarat Kabinet pada Isnin bagaimana Filipina akan mendapat manfaat dari latihan tahunan itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA