Filipina lancar Program vaksin denggi

Filipina lancar Program vaksin denggi

MANILA, 4 April  (AFP) – Program vaksinasi denggi awam pertama di dunia telah dilancarkan di Filipina hari ini ketika jururawat-jururawat memulakan suntikan kumpulan pertama ke atas berjuta kanak-kanak dengan ubat Perancis untuk mencegah penyakit yang kadangkala membawa maut itu.

Ratusan ribu kanak-kanak berusia 9-10 tahun berbaris di hadapan para pekerja kesihatan di sekolah kerajaan timur Manila untuk disuntik, satu usaha selama 20 tahun bernilai 1.5 bilion euro (AS$1.8 bilion) oleh pembuat ubat Sanofi, Perancis untuk menghasilkan vaksin itu.

“Kami adalah negara pertama memperkenalkan, mengamalkan dan mengimplementasikan vaksin denggi yang pertama kalinya menerusi sistem kesihatan awam dan di bawah penetapan sekolah kerajaan,” ujar Setiausaha Kesihatan Filipina, Janette Garin.

Filipina pada Disember telah meluluskan vaksin tersebut, yang pertama dilesenkan secara global untuk menangani penyakit bawaan nyamuk bagi orang yang berusia antara sembilan dan 45 tahun.

Zelin Joice Carungay, berusia sembilan tahun, menangis ketika dia dan rakannya berbaris untuk menerima suntikan atas arahan guru.