Filipina mula persiapan kunjungan diraja Jepun

Filipina mula persiapan kunjungan diraja Jepun

MANILA, 7 Dis – Kerajaan sudah mula membuat persediaan rapi bagi lawatan selama lima hari ke Filipina oleh Maharaja Akihito dan Maharani Michiko pada Januari tahun depan.

Setiausaha Komunikasi Istana Presiden, Herminio Coloma Jr. berkata Jabatan Hal Ehwal Luar sudah mula berhubung raoat dengan Kementerian Luar Jepun dan kedutaan mereka untuk memuktamadkan jadual lawatan pasangan diraja berkenaan.

Dalam temu ramah melalui radio kerajaan, Radyo ng Bayan, Coloma berkata lawatan pasangan diraja berkenaan menjadi “bersejarah” kerana kali terakhir mereka membuat kunjungan ke negara itu adalah pada tahun 1962.

Beliau menambah bahawa kunjungan itu menjadi lebih signifikan oleh kerana 2016 menandakan ulang tahun ke-60 pemulihan hubungan diplomatic di antara Jepun dan Filipina.

Gambar fail menunjukkan Maharaja Akihito ketika menghadiri majlis makan malam negara untuk me-raikan kunjungan Presiden Aquino III ke Jepun pada Jun lepas. - Agensi
Gambar fail menunjukkan Maharaja Akihito ketika menghadiri majlis makan malam negara untuk me-raikan kunjungan Presiden Aquino III ke Jepun pada Jun lepas. – Agensi

Pada Jumaat lepas, kedutaan Jepun di Manila secara rasmi mengumumkan bahawa pasangan diraja tersebut akan berlepas daro Tokyo pada 26 Januari bagi lawatan selama lima hari atas jemputan Presiden Benigno Aquino III.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata bahawa rakyat Jepun berasa sangat gembira dengan kunjungan pasangan diraja tersebut ke Manila, sambil menambah ia bakal “memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara.

Presiden Aquino diberikan sambutan diraja ketika beliau melawat Istana Imperial, kediaman rasmi Maharaja Jepun, ketika kunjungannya ke Jepun pada Jun lepas. – Agensi