Filipina pamer barangan kemas Marcos online

Filipina pamer barangan kemas Marcos online

MANILA, 28 Mac (AFP) – Pihak berkuasa Filipina kini sedang mengadakan satu pameran barangan kemas online milik mendiang diktator Ferdinand Marcos dan keluarganya untuk mendidik generasi baru mengenai rasuah pada era itu.

Posting di Facebook dan Twitter oleh Suruhanjaya Presiden mengenai Pentadbiran Baik (PCGG) dibuat ketika keluarga itu cuba melanjutkan semula dinasti politiknya dalam pilihan raya Mei depan.

“PCGG akan membuat posting mengenai barangan kemas terpilih untuk menunjukkan dan mengingatkan generasi masa ini mengenai pembaziran dan kemewahan keluarga Marcos dalam dua dekad pemerintahan dictator mereka,” kata agensi antirasuah itu di laman webnya.

‘Pameran Barang Kemas Maya’ bermula pertengahan Mac dengan posting biasa menunjukkan barangan kemas bernilai selepas diktator itu disingkirkan oleh kebangkitan popular disokong tentera dalam 1986.

Gambar fail menunjukkan pegawai dari PCGG memegang seutas barangan kemas dirampas oleh kerajaan Filipina daripada bekas wanita pertama Imelda Marcos di ibu pejabat bank pusat di Manila. Filipina kini mempamerkan barangan kemas dimiliki bekas diktator Ferdinand Marcos dan keluarganya untuk mendidik generasi baru mengenai rasuah pada era itu. – AFP

Selain daripada gambar barangan kemas dimuat naik, terdapat posting menerangkan apa kosnya ke atas negara.

Satu gambar dengan satu tiara berlian dibuat dengan kapsyen: “boleh membiayai rawatan 12,052 kes tuberkulosis.

PCGG merancang untuk melelong barangan kemas Marcos kelak, dengan rumah lelong antarabangsa mengatakan sebelumnya bahawa nilai keseluruhannya lebih daripada satu bilion peso (AS$21 juta).

ARTIKEL YANG SAMA