Filipina rancang tambah bajet pertahanan

Filipina rancang tambah bajet pertahanan

MANILA, 21 Julai – Filipina sedang merancang kenaikan 25 peratus dalam belanjawan pertahanannya pada tahun depan, terutamanya untuk merangsang tuntutannya di Laut China Selatan, kata pegawai hari ini.

Belanjawan negara 2016, yang dijangka dibentangkan oleh Presiden Benigno Aquino kepada parlimen untuk diluluskan semalam, akan memperuntukkan 25 bilion peso untuk perbelanjaan pertahanan.

Wang tersebut akan digunakan untuk memperoleh kapal frigat tentera laut dan pesawat udara peronda, beritahu pegawai belanjawan dan pertahanan kepada AFP.

“Kami perlu melindungi apa yang berada dalam bidang kuasa kami,” kata Setiausaha Belanjawan Florencio Abad, apabila ditanya sama ada pertambahan disebabkan perbalahan laut Filipina dengan China.

“Sudah tentunya, kami perlu mengawasi perkembangan di kawasan secara efektif, terutamanya di zon yang dipertikaikan,” tambah beliau.

Di bawah bil belanjawan berjumlah tiga trilion peso, perbelanjaan pertahanan akan meningkat daripada belanjawan tentera sebanyak 20 bilion peso pada tahun lalu dan lima kali lebih besar daripada pada 2013, kata pegawai.

Belanjawan pertahanan 2016 adalah sebahagian daripada program pemodenan tentera lima tahun sebanyak 75 bilion peso yang diluluskan oleh Aquino pada 2013, kata Abad.

Jumlah tersebut masih kecil berbanding China, yang menuntut kebanyakan Laut China Selatan termasuk kawasan yang berhampiran dengan pantai negara jiran Asia.

Beijing memperuntukkan $142.9 bilion untuk tenteranya pada tahun ini.

Salah satu rantau yang tidak dilengkapi dengan baik, tentera Filipina bergantung pada kapal berusia setengah abad dan pesawat udara mengawasi Laut China Selatan, di mana ketegangan telah meletus baru-baru ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA