Filipina saran nelayan jauhi Laut China Selatan

Filipina saran nelayan jauhi Laut China Selatan

MANILA, 3 Ogos – Filipina memberitahu nelayannya hari ini supaya menjauhi kawasan penangkapan ikan di Laut China Selatan untuk mengelak gangguan daripada pihak berkuasa China.

Amaran keluar meskipun keputusan terbaru oleh tribunal sokongan PBB yang menyokong Filipina, tatkala ia mengetepi tuntutan wilayah oleh China ke atas sebahagian besar perairan. Beijing dengan marah menolak keputusan mahkamah dan semalam ia mengumumkan penalti untuk penangkapan ikan ‘haram’ di perairannya termasuk kawasan yang dipertikaikan.

“Kami sedar China sedang menduduki Beting Scarborough, maka biarlah kami menunggu penjelasan tentang bagaimana nelayan kami boleh pulang ke sana tanpa menghadapi gangguan lagi,” beritahu jurucakap hal ehwal luar negeri Manila Charles Jose kepada wartawan. Jose berkata sementara keputusan tribunal adalah jelas, ia adalah berlainan “pada hakikatnya.” “Pada hakikatnya China berada di sana, maka kami mesti membincangnya,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada ia bermakna nelayan Filipina harus mengelak beting untuk sekarang, Jose berkata: “Ia adalah demi keselamatan semua orang.” Dasar Manila mungkin menimbulkan kemarahan pengkritik kerajaan baru Presiden Rodrigo Duterte, yang telah dituduh mengamal dasar lembut dengan Beijing. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA