Filipina sedia bincang dengan China elak peperangan

Filipina sedia bincang dengan China elak peperangan

MANILA, Filipina, 5 Julai – Presiden baru Filipina berkata hari ini bahawa Manila bersedia bagi rundingan dengan China, untuk tidak mengambil langkah peperangan, jika undang-undang timbang tara memihak kepada mereka dalam kes terhadap tuntutan di Laut China Selatan.

Presiden Rodrigo Duterte berkata Filipina “kekal optimistik di mana tribunal memerintah akan memihak kepada kmai.”

Namun jika sebaliknya, Filipina akan menerima dan mematuhinya, tambahnya.

Jika ia memihak kepada kami, kita berbincang,” katanya. “Kami tidak bersedia untuk berperang, perang adalah satu perkataan yang tidak elok.”

Namun katanya, negara itu akan meneruskan dengan sewajarnya selepas ia menerima salinan penghakiman, dan akan membuat keputusan ke atas faedah di Filipina yang lebih besar.

Pengawal pantai China mendekati nelayan Filipina di perairan Scarborough Shoal di Laut China Selatan. - AP
Pengawal pantai China mendekati nelayan Filipina di perairan Scarborough Shoal di Laut China Selatan. – AP

Akhbar rasmi China Daily melaporkan pada Isnin bahawa China bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Filipina jika Manila mengabaikan perintah tribunal, yang dijangka akan dikeluarkan pada 12 Julai.

Filipina membawa pertikaiannya dengan China di Laut China Selatan ke mahkamah timbang tara antarabangsa pada Januari 2013 selepas Beijing mengambil alih perairan Scarborough Shoal yang dipertikaikan menjadi kebuntuan. – AFP