Filipina sedia hadapi taufan Koppu

Filipina sedia hadapi taufan Koppu

MANILA, 16 Okt (dpa) – Pihak berkuasa Filipina hari ini menyediakan rancangan pemindahan dan pengerahan pasukan kecemasan dan bekalan bantuan ketika Taufan Koppu bakal menuju ke arah pantai utara-timur negara itu.

Koppu yang membawa kelajuan angin maksimum 130km sejam dan angin kencang kira-kira 160km sejam ketika ia bergerak ke barat pada kelajuan 15km sejam, menurut biro kaji cuaca.

Taufan itu dijangka akan membawa hujan lebat kira-kira seluas 550km diameter, menurut amaran biro.

Amaran signal ribut telah diumumkan di 19 wilayah utara dan timur menjelang ketibaan kemungkinan Koppu sama ada pada malam Sabtu atau pagi Ahad.

“Kami sudah bersedia untuk memindahkan para penduduk jika perlu,” kata Norma Talosig, pengarah pejabat pertahanan awam serantau, meliputi beberapa wilayah utara yang akan diancam oleh Koppu.

“Antara yang kelihatannya akan terjejas telah dinasihatkan untuk bersedia berpindah pada bila-bila masa,” tambahnya.

“Pelbagai tegahan telah diutarakan, termasuk peraturan dilarang memancing dan berenang tidak dibenarkan sekarang.”

Filipina secara puratanya dilanda kira-kira 20 taufan setiap tahun, mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan kemalangan lain.

Taufan paling kuat yang melanda negara itu pada November 2013, membunuh kira-kira 6,300 orang. Taufan Haiyan juga telah mengakibatkan kira-kira 4 juta orang tanpa rumah setelah ia membadai keseluruhan kampung di tengah Filipina.