Filipina selar pembinaan rumah api China

Filipina selar pembinaan rumah api China

MANILA, 19 Okt – Filipina hari ini mengutuk sekeras-kerasnya pembinaan dua rumah api China di Laut China Selatan yang dipertikai, mendakwa bahawa ia bermaksud cara tersirat Beijing menguatkuasakan tuntutannya di perairan itu.

Kenyataan marah itu dibuat di sebalik usaha China untuk meredakan ketegangan atas tuntutan Laut China Selatannya semasa satu forum dengan negara-negara ASEAN minggu lalu.

“Kami sekeras-kerasnya membantah pembinaan dan operasi rumah api China di Terumbu Cuateron dan Johnson,” kata Charles Jose, seorang jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Negara. “Tindakan ini tampak berhasrat untuk mengubah syarat sebenar mengenainya dan bertujuan untuk mempertingkatkan tuntutan China di Laut China Selatan. Kami tidak akan menerima tindakan sehala ini sebagai fait accompli,” tambahnya dalam kenyataan.

Dua terumbu itu terletak di pulau-pulau Spratly di Laut China Selatan, sebuah laluan laut penting dan kawasan perikanan yang dituntut hampir keseluruhannya oleh China. – AFP