Filipina tamatkan latihan terakhir bersama AS

Filipina tamatkan latihan terakhir bersama AS

HANOI, Vietnam, 29 Sept – Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata beliau sedang memberikan notis kepada Amerika Syarikat, sekutu lama negaranya, bahawa latihan bersama tentera Filipina dan Amerika pada minggu depan akan menjadi latihan terakhir.

Beliau memberitahu komuniti Filipina di Hanoi pada lewat malam semalam bahawa beliau akan mengekal gabungan tentera dengan AS disebabkan perjanjian pertahanan negara pada 1951. Namun beliau menambah latihan pada minggu depan akan diteruskan hanya disebabkan beliau tidak mahu memalukan setiausaha pertahanannya.

Duterte berkata ketika lawatan dua hari untuk bertemu dengan pemimpin Vietnam bahawa beliau mahu menubuhkan gabungan perdagangan dan komersial baru dengan China dan Rusia, dan latihan perang adalah sesuatu yang tidak diingini oleh Beijing.

“Saya akan memberikan notis kepada anda bahawa ia akan menjadi latihan tentera terakhir, kata beliau. “Bersama, Filipina-AS, yang terakhir.

Rodrigo Duterte (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam Tran Dai Quang di Istana Presiden di Hanoi pada kelmarin. – AFP
Rodrigo Duterte (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Vietnam Tran Dai Quang di Istana Presiden di Hanoi pada kelmarin. – AFP

“Saya akan mengekal gabungan tentera disebabkan terdapatnya perjanjian RP-AS yang ditandatangani oleh negara kami pada awal 1950,” kata beliau, merujuk kepada Republik Filipina. “Saya akan menubuhkan gabungan baru untuk perdagangan dan dan anda dijadual mengadakan latihan perang sekali lagi, yang tidak diingini oleh China.”

Duterte mempunyai hubungan yang tidak menyenangkan dengan Amerika Syarikat sejak beliau memenangi pilihan raya presiden pada Mei. – AP

ARTIKEL YANG SAMA