Filipina tempatkan pegawai liaison di KK

Filipina tempatkan pegawai liaison di KK

LAHAD DATU, 1 Dis – Filipina bersetuju untuk menempatkan seorang pegawainya di Kota Kinabalu (KK) yang bertindak sebagai Liaison (pegawai perhubungan) untuk memudahkan Malaysia berhubung dengan pihak berkuasa di Filipina, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penempatan pegawai itu sekali gus akan memudahkan pihak berkuasa Malaysia memperoleh maklumat lanjut mengenai pelbagai perkara daripada pihak berkuasa di Manila.

“Kami (pihak berkuasa kedua-dua negara) telah mewujudkan ‘Contact Point Person’ di antara polis di daerah-daerah pantai timur sabah dan di Selatan Filipina,” katanya selepas menyempurnakan majlis pemberian Anugerah Pingat Kedaulatan Negara di sini, hari ini. – Bernama