Filipina terima 10 helikopter baru

Filipina terima 10 helikopter baru

MANILA, 17 Ogos (dpa) – Tentera Udara Filipina telah menerima 10 helikopter baru hari ini sebagai sebahagian daripada program pemodenan ketenteraan, seorang pegawai kanan berkata.

Sepuluh helikopter itu termasuk lapan buah Bell412eP tempur buatan Kanada dan dua AW109E helikopter penyerang buatan Itali, menurut Ketua Tentera Udara Mejar Jeneral Jeffrey Delgado.

Aset-aset baru udara itu dijangkakan akan meningkatkan usaha dalam memerangi pemberontakan berdekad-dekad komunis dan para pemberontak Islam yang masih beroperasi di negara itu, tambah Delgado.

Pihak kerajaan telah membuat pakatan kedamaian bersama kumpulan pemberontak Islam Barisan Pembebasan Islam Moro pada 2014, tetap beberapa puak pemisah al-Qaeda berkaitan Abu Sayyaf meneruskan untuk berperang di rantau selatan negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA