Filipina terima kapal pengawal pantai pertama Jepun

Filipina terima kapal pengawal pantai pertama Jepun

MANILA, 18 Ogos – Filipina menerima kapal pertama daripada 10 kapal pengawal pantai dari Jepun hari ini, kata pengawal pantai, ketika dua negara merangsang hubungan keselamatan ketika berhadapan dengan pertikaian maritim berasingan mereka dengan China.

Kapal BRP Tubbataha sepanjang 44 meter (144 kaki) telah tiba di Manila, kata pengawal pantai Filipina dalam satu kenyataan, menambah bahawa ia akan digunakan untuk tujuan pencarian dan penyelamatan, pengangkutan serta penguatkuasaan undang-undang.

Mereka tidak menyatakan di mana ia akan ditempatkan.

Kapal pertama Pengawal Pantai Filipina (PCG), Multi-Role Response Vessel (MRRV) yang digelar ‘BRP Tubbataha’ tiba di pelabuhan Manila pada 18 Ogos. – AFP
Kapal pertama Pengawal Pantai Filipina (PCG), Multi-Role Response Vessel (MRRV) yang digelar ‘BRP Tubbataha’ tiba di pelabuhan Manila pada 18 Ogos. – AFP

Ini adalah kapal pertama daripada 10 kapal pengawal pantai Filipina yang dibina di Jepun, disokong dengan bantuan kewangan Jepun, ketika bekas sekutu Perang Dunia Kedua itu berusaha untuk merangsang hubungan pertahanan dalam menghadapi pencerobohan China di Laut China Selatan.

Jepun – sumber utama Filipina dalam bantuan pembangunan – berkata bulan ini ia akan memberi Manila dua kapal peronda tambahan, dan ia sedang membincangkan kemungkinan pajakan ke atas pesawat udara pengawasan.

Jepun dan China terkunci dalam pertikaian panjang berhubung pulau-pulau kecil yang tidak dihuni di Laut China Timur. Manila dan Beijing mempunyai tuntutan bertindih di Laut China Selatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA