Filipina terus dilanda kemarau

Filipina terus dilanda kemarau

MANILA, 23 Mei (Bernama) – Kebanyakan kawasan di Filipina dijangka mengalami kekurangan hujan berbanding biasa sehingga Ogos akibat daripada fenomena El Nino yang berpanjangan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut agensi Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) fenomena itu menyebabkan berlakunya kemarau di beberapa kawasan di negara itu yang dijangka tamat pada akhir Julai.