Filipina tida...

Filipina tidak lagi terima bantuan EU

MANILA, 18 Mei – Filipina tidak akan lagi menerima bantuan dari Kesatuan Eropah(EU), delegasi EU ke Manila berkata hari ini, ekoran kecaman berterusan dari Presiden Rodrigo Duterte berhubung kritikannya terhadap tindakan perang dadah beliau yang telah mengakibatkan kematian.

“Kerajaan Filipina telah memaklumkan kami bahawa mereka tidak akan lagi menerima bantuan baru EU,” menurut delegasi itu dalam kenyataan ringkas.

Keputusan itu akan melibatkan bantuan sebanyak 250 juta euro, menurut Franz Jessen, duta EU ke Manila.

Para pegawai kerajaan Filipina tidak segera mengulas, dengan jabatan kewangan mengatakan satu kenyataan akan dikeluarkan lewat hari ini.

Duterte, 72 tahun, telah berkali-kali mengkritik ahli-ahli undangan Eropah dan EU kerana menyelar tindakan perang dadah beliau yang telah mengorbankan beribu-ribu jiwa dan mengundang amaran dari para pengkritik tentang jenayah ke atas kemanusiaan.

Dalam ulasan-ulasan tahun lalu, beliau telah menggunakan bahasa kesat dan memperlihatkan jari tengahnya dalam respons terhadap satu kenyataan parlimen Eropah yang melahirkan kebimbangan pada pembunuhan itu.

Kerajaan Jerman juga melahirkan kebimbangan selepas Duterte pada tahun lalu menyamakan perang dadahnya dengan bencana pemimpin Jerman Nazi Adolf Hitler.

“Hitler telah membunuh secara beramai-ramai tiga juta orang Yahudi. – AFP