Filipina tingkat latihan dengan AS, Jepun

Filipina tingkat latihan dengan AS, Jepun

PUERTO PRINCESA CITY, Filipina, 22 Jun (Reuters) – Filipina akan mengadakan latihan tentera laut berasingan dengan tentera AS dan Jepun pada minggu ini di pulau Filipina yang terletak tidak jauh dari gugusan kepulauan Spratly, di mana penubuhan tujuh kubu di pulau oleh China sedang mencetuskan ketegangan serantau.

Manila, yang mempunyai salah satu tentera laut paling lemah di Asia, telah mempertingkatkan kerjasama keselamatan pada tahun ini ekoran sifat pendesak China di Laut China Selatan, bukan sahaja dengan sekutu Washington, tetapi juga dengan Jepun dan Vietnam.

Seorang pegawai tentera Filipina berkata tidak adanya rancangan untuk tentera laut Filipina, AS dan Jepun untuk mengadakan latihan bersama di pulau Palawan, 160km dari Spratlys, walaupun latihan mungkin bersilang disebabkan Manila mempunyai aset tentera laut yang terhad.

“Pada tahap tertentu, kesemua tiga tentera mungkin bergabung dalam satu aktiviti disebabkan kami hanya mempunyai dua kapal dan pesawat udara terhad untuk mengambil bahagian dalam latihan berkenaan,” kata pegawai, yang tidak mahu namanya disiarkan.

Lewat semalam, wartawan melihat dua kapal terbang pengawasan maritim P3C-Orion, satu milik Amerika Syarikat yang satu lagi milik Jepun, terletak di padang udara tentera di Puerto Princesa City, ibu negara Palawan.

Latihan dua minggu dengan Amerika Syarikat (AS) bermula pada akhir minggu lalu. Latihan dua hari dengan Jepun bermula pada Selasa, kata pegawai. Kedua-duanya akan diadakan di perairan wilayah Filipina, bukan sebahagian daripada Laut China Selatan.

Sementara tentera Filipina sering berlatih dengan tentera AS, ia hanya mengadakan latihan tentera laut bersama pertamanya dengan Jepun pada Mei.

Tokyo tidak mempunyai tuntutan wilayah di Laut China Selatan, tetapi ia bimbang sekiranya ia menjadi tersisih jika China menguasai jalan air di mana perniagaan Jepun menggunakan kapal melalui laut berkenaan.

Kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe telah mempertingkat kerjasama keselamatan di seluruh Asia Tenggara pada tahun ini.

China menuntut kebanyakan Laut China Selatan. Filipina, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Brunei mempunyai tuntutan bertindih.

ARTIKEL YANG SAMA