Fillon menang pilihan raya kecil

Fillon menang pilihan raya kecil

PARIS, 28 Nov – Francois Fillon, reformis konservatif yang berjanji akan mengurangkan negara Perancis, semalam meraih pencalonan sayap kanan bagi pilihan raya presiden tahun depan dengan kemenangan hebat ke atas saingannya, Alain Juppe.

Bekas perdana menteri Fillon, 62 tahun, kini akan menjadi calon kegemaran yang akan menjadi pemimpin Perancis akan datang selepas memenangi pilihan raya kecil gaya AS untuk memilih calon parti Republik dan sekutu-sekutunya. Keputusan yang hampir selesai menunjukkan dia memenangi 66.5 peratus undi, dengan undi dihitung dari 9,915 stesen mengundi dari 10,229.

Dalam ucapan kemenangan, pemandu rali amatur itu berkata dia telah ‘mengoyakkan semua skrip yang awal telah ditulis’ ketika dia mengatasi saingan-saingannya dalam kempen minggu lalu.

“Perancis tidak lagi mampu menanggung kemerosotannya. Perancis mahu kebenaran dan Perancis mahukan tindakan,” dia memberitahu para penyokong yang bertepuk sorak selepas Juppe, seorang sentris, mengaku kalah.

Francois Fillon ketika memberi ucapannya berikutan keputusan pertama pusingan kedua pilihan raya kecil pada 27 November. – AFP
Francois Fillon ketika memberi ucapannya berikutan keputusan pertama pusingan kedua pilihan raya kecil pada 27 November. – AFP

Pengundian presiden Perancis dilihat sebagai ujian penting bagi parti-parti politik aliran utama selepas kejayaan Donald Trump dan kempen Brexit di Britain, kedua-duanya mengawal kemarahan anti elit.

Fillon akan berdepan persaingan sengit dalam pilihan raya dua pusingan pada April dan Mei dari pemimpin berhaluan kanan, Marine Le Pen, calon anti penubuhan yang berharap akan mengikut kemenangan Trump yang mengejutkan di AS. Fillon berkata kemenangan bagi Le Pen iaitu anti EU akan menandakan ‘kemuflisan.”

Dua tinjauan lewat semalam meletakkan Fillon mengetasi Le Pen dalam pusingan pertama pilihan raya, dengan calon-calon sayap kiri berada di belakang. Berjanji akan menjadi calon ‘bagi semua mereka yang berasa bangga menjadi warga Perancis’ dia berjanji akan mengalihkan lembaran kepimpinan presiden Sosialis yang ‘menghibakan’.

Kemunculan dalam pilihan raya kecil pada kira-kira empat juta, kira-kira sama seperti dalam pusingan pertama pengundian seminggu lalu apabila Fillon bangkit dari belakang untuk mendahului tujuh calon. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA