Findlay adakan seminar di Gadong

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Findlay Sdn Bhd akan mengadakan seminar maklumat di premis mereka di Gadong, minggu ini bagi memberikan penerangan kepada para pelajar dan ibu bapa mengenai universiti di Kanada, program-program yang ditawarkan serta kehidupan sebagai pelajar di Alberta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, seminar yang akan disampaikan oleh Penyelaras Perhubungan dan Pengambilan Antarabangsa (Asia) Katherine Melnyk itu dibukakan untuk orang awam termasuk guru-guru dan pelajar Eahun Enam.

Kenyataan itu menambah, Universiti Alberta merupakan salah sebuah universiti lima teratas di Kanada dan berada di kedudukan ke-90 dalam ranking Universiti Dunia QS.

Findlay Sdn Bhd disahkan oleh Majlis Pentauliahan Kebangsaan Brunei Darussalam di bawah Kementerian Pendidikan untuk memberikan konsultasi percuma kepada para pelajar yang inginan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pandangan umum Universiti Alberta yang menawarkan pelbagai program kepada para pelajar dari seluruh dunia.