Findlay dilantik wakil Universiti Dundee

Findlay dilantik wakil Universiti Dundee

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Findlay (B) Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai wakil Universiti Dundee – salah sebuah universiti terkemuka di United Kingdom (UK).

Universiti tersebut diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kepakarannya dalam pelbagai disiplin termasuk seni dan reka bentuk, sains biologi, pergigian, pendidikan, geografi dan sains alam sekitar, matematik, undang-undang, perubatan dan banyak lagi.

Menurut kenyataan media Findlay (B) Sdn Bhd, Universiti Dundee yang terletak di tebing Sungai Tay dan berhampiran dengan laut turut menawarkan lokasi mengagumkan bagi aktiviti luaran dan sukan.

Selain kemudahan sukan universiti sendiri, terdapat juga padang golf yang berhampiran, dan perjalanan selama sejam pula akan membawa anda ke kawasan pergunungan yang sesuai untuk aktiviti mendaki, mengembara berjalan kaki, bermain ski dan papan luncur salji.

Bandar Dundee menjadi Bandar Reka Bentuk UNESCO pertama UK, anugerah global yang berprestij yang mengiktiraf sumbangan besar bandar itu kepada industri reka bentuk dan inovasi seluruh dunia. Universiti tersebut turut mengubah landskap Bandar Dundee dengan pembangunan semula kampusnya yang menelan kos 200 juta paun.

Salah seorang pelajar warga Brunei yang berjaya meraih ijazah daripada Universiti Dundee bergambar bersama keluarga.
Salah seorang pelajar warga Brunei yang berjaya meraih ijazah daripada Universiti Dundee bergambar bersama keluarga.

Kenyataan itu berkata, sekurang-kurangnya 145 negara mewakili di kalangan staf dan pelajar Dundee sekali gus menjadikannya sebagai komuniti global yang sebenarnya. Universiti tersebut komited memastikan bahawa para pelajar meraih pengalaman universiti terbaik dan menamatkan pengajian dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencatatkan kecemerlangan dalam kerjaya pilihan mereka.

Menurut tinjauan oleh Times Higher Education (THE) Student Experience Survey (2010-2015) mendapati bahawa sejak enam tahun lepas Universiti Dundee berada pada rangking nombor satu di Scotland dari segi pengalaman yang diraih para pelajarnya.

Universiti Dundee turut menawarkan beberapa biasiswa kepada pelajar antarabangsa berkisar dari 1,000 paun sehingga kepada biasiswa yuran tuisyen sepenuhnya. Menduduki rangking 250 universiti terkemuka dunia dalam semua tiga rangking dunia oleh Unit Biasiswa Pendidikan Kementerian Pendidikan Brunei dan ke-45 dalam Times Good University Guide, universiti tersebut adalah destinasi yang ideal untuk meneruskan pengajian.

Konsultasi oleh Findlay menyediakan nasihat dan bimbingan percuma kepada para pelajar dalam semua aspek melanjutkan pengajian mereka ke luar negara dan menerima akreditasi oleh Majlis Akreditasi Kebangsaan Brunei Darussalam di bawah Kementerian Pendidikan.

Pejabat Findlay (B) Sdn Bhd terletak di Kompleks Abdul Razak di Jalan Gadong. Untuk membuat temu janji dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai universiti dan belajar di sana, boleh hubungi e-mel findlaybsb@gmail.com.

Atau boleh juga melayari laman Facebook dan laman sesawang mereka www.findlaybsb.com.

ARTIKEL YANG SAMA