Finland, AS kukuh hubungan tentera

Finland, AS kukuh hubungan tentera

HELSINKI, 9 Okt – Finland dan Amerika Syarikat (AS) telah menandatangani pakatan kerjasama pertahanan dua hala yang menjamin kolaborasi tentera lebih rapat pada ketika negara Nordic amat bimbang berhubung kegiatan Rusia di rantau Laut Baltic.

Perjanjian itu ditandatangani di Helsinki pada Jumaat oleh Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Robert O. Work dan Menteri Pertahanan Finland, Jussi Niinisto.

Sementara Washington dan Helsinki bersedia bagi kerjasama rapat menerusi latihan tentera di udara, darat dan laut, pakatan itu berusaha untuk memperkukuhkan pertukaran maklumat, penyelidikan bersama, pembangunan dalam bidang seperti pertahanan siber, latihan dan sebagainya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA