Fiorentina benam Inter 4-1

Fiorentina benam Inter 4-1

ROM, 28 Sept (dpa) – Fiorentina menewaskan Inter Milan yang beraksi dengan 10 pemain 4-1 semalam, mengatasi mereka dengan mengungguli tangga teratas Serie A Itali dan menamatkan lima kemenangan mereka.

Josip llicic membuka jaringan menerusi sepakan penalti dan Nikola Kalinic menjaringkan hatrik ketika pemain pertahanan Inter, Miranda diarah meninggalkan padang pada minit ke 31.

Mauro Icardi menjaringkan satu gol ketika Inter terus kekal dengan menyamakan kutipan 15 mata bersama pasukan Florence, yang mendahului menerusi perbezaan jaringan selepas enam perlawanan.

Di Milan, Giuseppe Meazza, Samir Handanovic mengasari Kalinic dan dikejutkan menerusi sepakan penalti oleh pesaing dari Slovenia, llicic pada minit keempat. Penjaga gawang menyelamatkan sepakan llicit pada minit ke 19, tetapi tidak berdaya menghalang rembatan dari Kalinic, yang sekali lagi menyudahkan sepakan pada minit ke 23 menerusi hantaran lintang dari Marcos Alonso.

Jaringan dari pemain antarabangsa Croatia itu bertemu dengan tekal keras dari Miranda, yang diarah meninggalkan padang kerana mengasari pemain itu.

Pemain hadapan Fiorentina, Nikola Kalinic (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan penjaga gawang Inter Milan, Samir Handanovic (kiri) serta pemain pertahanan Inter, Joao Miranda pada perlawanan di Stadium San Siro pada 27 September 2015. – AFP
Pemain hadapan Fiorentina, Nikola Kalinic (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan penjaga gawang Inter Milan, Samir Handanovic (kiri) serta pemain pertahanan Inter, Joao Miranda pada perlawanan di Stadium San Siro pada 27 September 2015. – AFP

Icardi menjaringkan gol pada sejam perlawanan, menjaringkan gol selepas tandukannya melantun terkena palang dan Kalinic menjaringkan gol ketiganya setelah menerima hantaran dari llicic dengan perlawanan berbaki lapan minit.

“Perlawanan ini adalah penting bagi kami. Kami mahu melihat bagaimana kedudukan kami,” kata llicic. “Terlalu banyak baki perlawanan, tetapi kami akan melihat apa yang berlaku dan mengira mata pada akhir perlawanan. “Kami memberikan tekanan. Jika pasukan lawan tidak dapat beraksi, ia mudah bagi kami. Kami menjaringkan gol awal, yang mana adalah penting dalam perlawanan seperti ini.”

Awal semalam, Torino melonjak di tangga ketiga dengan 13 mata dari kekalahan 2-1 kepada Palermo biarpun penyingkiran Cristian Molinaro dan Joel Obi. Jaringan sendiri dari Giancarlo Gonzalez dan voli menerusi Marco Benassi memastikan Torino didepan sebelum Molinaro diarah meninggalkan padang pada minit ke 61 kerana menerima layangan kad kuning kedua.

Gonzalez meletakkan Palermo kembali dalam perlawanan pada minit ke 71, tetapi Torino bertahan untuk kemenangan walaupun mereka juga kehilangan pemain gantian Obi lewat perlawanan kerana kekasaran.