Fiorentina kekal peneraju Serie A

Fiorentina kekal peneraju Serie A

ROM, 9 Nov (dpa) – Josip llicic menyempurnakan sepakan penalti dan memberikan umpanan bagi gol Nikola Kalinic ketika Fiorentina mencatatkan kemenangan 2-0 di Sampdoria semalam untuk terus kekal di tangga teratas Serie A, Itali.

Dengan 27 mata dari 12 perlawanan, Fiorentina mendahului menerusi perbezaan jaringan dari Inter Milan, yang mencatatkan kemenangan tipis 1-0 terhadap Torino melalui jaringan Geoffrey Kondogbia.

Roma yang berada di tangga ketiga dengan 26 mata selepas kemenangan 2-0 ke atas Lazio dalam perlawanan di Rom, dan Napoli menewaskan Udinese 1-0 untuk menghimpunkan 25 mata.

Pemain Napoli dari Argentina, Gonzalo Higuain memeberikan masalah terhadap Orestis Karnezis dalam tiga kedudukan dan menewaskannya pada minit ke-53 untuk menyamakan sembilan jaringan bersama Eder dari Sampdoria. Kalinic menjaringkan gol ketujuh pada minit ke-58 dari llicic, yang menjaringkan gol dari sepakan penalti pada minit ke-10 selepas Ervin Zukanovic memegang bola.

La Viola kemudian berisiko apabila Eder teragak-agak selepas kesilapan pemain pertahanan tetapi mencatatkan kemenangan kesembilan mereka musim ini dari Genoa, di mana Samp belum pernah tewas dalam enam perlawanan sebelumnya. Di Turin, Inter terjejas apabila Marcos Benassi melepaskan rembatan yang mengenai palang, tetapi mendahului pada minit ke-31 dari Kondogbia selepas Rodrigo Palacio menyudahkan sepakan bebas dari sudut kiri ke laluannya.

Pemain Fiorentina, Josip Ilicic (tiga dari kanan) menjaringkan gol pada perlawanan Serie A menentang Sampdoria di Genoa, Itali pada 8 November 2015. – Agensi
Pemain Fiorentina, Josip Ilicic (tiga dari kanan) menjaringkan gol pada perlawanan Serie A menentang Sampdoria di Genoa, Itali pada 8 November 2015. – Agensi

Andrea Belotti memberikan ancaman bagi tuan rumah Turin dan mengadu selepas dijatuhkan dalam kotak penalti tetapi pengadil perlawanan tidak menghiraukan rayuannya. Pertahanan Inter, yang terbaik dalam liga setelah bolos hanya tujuh gol, berdepan dengan masalah sekali lagi pada minit ke-48, tetapi penjaga gol Samir Handanovic menghalang boli dari Fabio Quagliarella dan menyusul hantaran dari Belotti.

Maxi Lopez dan Amauri hadir di depan bagi Torino tetapi sukar ketika mereka gagal untuk menghindarkan kekalahan keempat dalam enam perlawanan tanpa kemenangan.

“Kami mendapatkan tiga mata penting,” kata Handanovic. “Ia adalah penting untuk mengekalkan tangga teratas sebelum berada dalam rehat antarabangsa.

Kami tahu perlawanan adalah sukar, tetapi kami begitu klinikal dan mendapatkan peluang kami apabila tiba.

“Mengekalkan lapan permainan bersih sejak awal musim adalah satu pujian hebat kepada semua orang dalam skuad itu. Kami semua bekerja keras dan kami disatukan sebagai sebuah pasukan.”

Di Stadio Olimpico, Rom, Edin Dzeko dari Roma menyudahkan rembatan dari sepakan penalti pada minit ke-10 selepas dikasari dari Santiago Gentiletti dan Gervinho menyelamatkan kemenangan pada minit ke-62.

Pemain sayap dari Ivory Coast itu meluru ke bahagian kanan untuk mendapatkan kedudukan lebih dari Dusan Basta dan mengejutkan Federico Marchetti. Felipe Anderson menggegarkan palang dalam usaha pertama Lazio sebelum pemain midfield Roma, Radja Nainggolan juga menggegarkan tiang gol pada minit ke-39.

Sassuolo di tangga kelima dengan 22 mata selepas kekalahan 1-0 memberikan sokongan terhadap Carpi dan juara Juventus bangkit dari belakang dalam kemenangan 3-1 ke atas Empoli, tetapi masih berada di tangga ketujuh dengan 18 mata.