‘Firenadoes’ ancam lebih 82,000 kediaman

‘Firenadoes’ ancam lebih 82,000 kediaman

PHELAN, Amerika Syarikat, 18 Ogos – Kebakaran yang dahsyat di selatan California mengancam lebih daripada 82,000 kediaman semalam dan membawa kepada keadaan darurat.

Lebih 1,300 anggota bomba bertarung memadam kebakaran gergasi itu, dengan sebahagian mereka masih berusaha, bagaimanapun tidak dapat membendung kebakaran itu.

Rakaman yang disiarkan di stesen-stesen berita TV tempatan memperlihatkan keadaan kebakaran di bandar di Phelan itu seperti putaran puting beliung yang menyala – yang dikenali sebagai ‘Firenadoes’ – mengakibatkan kepulan asap yang tebal ke udara oleh keganasan kebakaran yang luar biasa itu.

“Kami mempunyai peralatan yang sangat, sangat sedikit, dengan keadaan api yang tebal, ia mempercepatkan lagi kebakaran itu merebak secara luas,” Lynne Tolmachoff, jurucakap agensi pasukan pemadam kebakaran negeri Cal Fire ketika memberitahu kepada AFP.

Sebuah helikopter cuba untuk memadamkan kebakaran pada kenderaan yang terbakar di San Bernardino County, California, Amerika Syarikat, 17 Ogos, 2016. Kebakaran yang dahsyat di selatan California mengancam lebih daripada 82,000 kediaman semalam yang membawa kepada keadaan darurat. – Xinhua
Sebuah helikopter cuba untuk memadamkan kebakaran pada kenderaan yang terbakar di San Bernardino County, California, Amerika Syarikat, 17 Ogos, 2016. Kebakaran yang dahsyat di selatan California mengancam lebih daripada 82,000 kediaman semalam yang membawa kepada keadaan darurat. – Xinhua

“Ia adalah sangat berbahaya kepada orang ramai dan juga kepada anggota bomba.”

Gabenor Jerry Brown mengisytiharkan keadaan darurat di San Bernardino County, hanya 60 batu (100 kilometer) timur Los Angeles, di mana apa yang dikenali sebagai ‘Bluecut Fire’ yang merebak secara cepat, puncanya masih tidak jelas.

Kebakaran luar biasa itu bermula sekitar jam 10.30 pagi (1730GMT) Selasa dan telah membakar seluas 25.626 ekar (10.370 hektar) mengikut daripada pelbagai agensi laman web maklumat Inciweb. Kebakaran itu adalah empat peratus terkawal.

Lebih daripada 34,500 buah rumah telah terancam kepada kebakaran itu dan 82,640 orang berada di bawah amaran pemindahan. – AFP