Firma asing pertimbang pengilangan di Filipina

Firma asing pertimbang pengilangan di Filipina

MANILA, 23 Jun (Reuters) – Pengilang senjata dan amunisi dari Kanada, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Afrika Selatan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan operasi di Filipina sebaik saja zon ekonomi pertahanan pertamanya dilancarkan, menurut pegawai kanan kerajaan hari ini.

Rheinmetall Denel Munition dari Afrika Selatan dan unit S&T Holdings Co. dari Korea Selatan berada di tangga teratas dalam senarai syarikat pertahanan yang berhasrat untuk memajak tanah di negeri Asia Tenggara itu, kata ketua agensi kerajaan, Roger Gamban yang menyelia penghasilan amunisi dan senjata negara itu.

Colt Manufacturing dari Amerika Syarikat dan Waterbury Farrel dari Kanada juga mempertimbangkan pengilangan di Filipina, ujarnya kepada Reuters.

Langkah untuk melancarkan zon ekonomi pertahanan di wilayah Bataan pada Ogos muncul ketika Manila menjadi semakin tidak tenang dengan sifat pendesak China di Laut China Selatan.

Di bawah Presiden Benigno Aquino, kerajaan Filipina telah memulakan program modenisasi yang memperuntukkan 75 bilion peso selama lima tahun untuk meningkatkan keupayaannya untuk mempertahankan sempadan maritimnya.

ARTIKEL YANG SAMA