Firma China tandatangani perjanjian beli 300 Boeing

Firma China tandatangani perjanjian beli 300 Boeing

SHANGHAI, 23 Sept (AFP) – Syarikat ruang aeroangkasa AS Boeing telah menandatangani perjanjian dengan firma China untuk menjual 300 pesawat udara dan membuka sebuah pusat pelengkapan di negara Asia, lapor agensi berita China Xinhua, tatkala Presiden Xi Jinping memulakan lawatan pertamanya ke Amerika Syarikat.

Laporan Xinhua, tarikh akhir dari Seattle di mana Xi memulakan lawatannya semalam, tidak memberikan butir-butir mengenai model kapal terbang yang dibeli oleh sekumpulan syarikat China atau nilai jualan.

Namun kemungkinan besar ia merupakan salah satu yang terbesar buat masa sekarang. Korporasi Pesawat Udara Komersial China (COMAC) milik kerajaan juga menandatangani satu perjanjian dengan Boeing semalam untuk menubuhkan sebuah “pusat pelengkapan” di China untuk kapal terbang 737, kata Xinhua.

Xi dijangka melawat kilang kapal terbang utama Boeing di negeri Washington hari ini, tatkala beliau menjangka menekankan kepentingan ekonomi China kepada firma AS dengan hubungan politik negara dibelenggu oleh ketegangan.

Pada akhir lawatan, beliau akan berkunjung ke Washington DC untuk bertemu dengan Presiden AS Barack Obama di Rumah Putih. China dijangka menambah 6,330 pesawat udara baru bernilai AS$950 bilion kepada armada komersialnya pada 2034, kata Boeing pada bulan lalu dalam Prospek Pasaran Terkini China.

Pembeli China dalam perjanjian terbaru termasuk China Aviation Supplies Holding Co., ICBC Financial Leasing Co dan China Development Bank Leasing, kata Xinhua. Pada Julai, China Eastern Airlines, salah sebuah syarikat penerbangan terbesar negara, bersetuju untuk membeli 50 Boeing Next generation 737-800s dalams atu perjanjian bernilai AS$4.6 bilion berdasarkan senarai harga. Sebuah kilang Boeing di China akan melambangkan satu peralihan dalam strategi syarikat AS dalam pasaran penting, di mana pesaing Eropah Airbus mempunyai operasi pemasangan akhir untuk pesawat udara saiz sederhana Airbus 320 di pelabuhan utara Tianjin dan merancang membuka sebuah pusat pelengkapan dan penyerahan baru untuk A-330s.