Firma EU hilang keyakinan ekonomi di China

Firma EU hilang keyakinan ekonomi di China

BEIJING, 10 Jun (AFP) – Syarikat-syarikat dari Kesatuan Eropah (EU) hilang keyakinan dalam ekonomi China, menurut tinjauan kumpulan lobi hari ini, dengan kebanyakan firma merancang membuang kakitangan tatkala Beijing bergelut untuk merangsang pertumbuhan dan melancarkan kempen anti-monopoli.

Daripada pengeluar kereta kepada penanam wain kepada firma teknikal, Eropah selama beberapa tahun ini telah melihat kepada China untuk merangsang jualan tatkala prospek jualan di negara sendiri telah meleset.

Namun hanya 28 peratus daripada firma yang ditinjau oleh Dewan Perniagaan Eropah di China berkata mereka berasa “optimistik” mengenai keuntungan mereka di negara, yang dikatakan oleh kumpulan mencecah “tahap rendah.”

Jumlah responden yang melihat China sebagai “tiga destinasi pelaburan teratas” merosot kepada 58 peratus pada tahun ini, yang paling rendah sejak 2011, tambahnya.

Jumlah 541 firma yang ditinjau yang merancang mengembang operasi China mereka merosot kepada 56 peratus daripada 90 peratus dua tahun lalu, dengan hampir dua pertiga merancang memecat kakitangan untuk memotong kos.

“Syarikat Eropah tahu bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi,” beritahu Joerg Wuttke, presiden Dewan, kepada AFP. “Namun lebih lama syarikat berada di China, semakin kurang perasaan optimistik mereka.”

Ekonomi China bertumbuh 7.4 peratus pada tahun lalu, kadar paling perlahan dalam 24 tahun dan kemelesetan tersebut telah berlanjutan sehingga ke tahun ini.

Parti Komunis telah berikrar akan mengalih ekonomi daripada projek pelaburan besar dan ke arah penggunaan peribadi, sementara juga membanteras rasuah dan bertindak keras ke atas tingkah laku anti-monopoli.

Namun hampir dua pertiga daripada syarikat yang ditinjau pada tahun ini berkata “persekitaran perundangan yang tidak diramalkan,” menjadi penghalang kepada perniagaan, menurut tinjauan.

ARTIKEL YANG SAMA