Firma-firma China akan melabur di Iran

Firma-firma China akan melabur di Iran

TEHRAN, Iran, 31 Ogos (Agensi) – Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Iran-China, Majid-Reza Hariri, berkata kelmarin, firma-firma China, yang tidak dibenarkan membuat perdagangan dengan Iran, disebabkan mereka mempunyai rakan-rakan Amerika Syarikat (AS), akan membuat pelaburan di Republik Islam itu, selepas sekatan-sekatan ditarik balik.

“Ketika jangka panjang sekatan, syarikat-syarikat China telah mendapat penyertaan aktif dalam negara kami, dan mereka sudah mempunyai maklumat yang diperlukan (dalam pasaran pelaburan di Iran),” Agensi Berita Mehr memetik ucapannya sebagai berkata.

“Selepas sekatan-sekatan ditarik balik, syarikat-syarikta China akan bersaing untuk pasaran Iran dan akibatnya, ekonomi Iran akan meningkatkan prestasinya, bersama dengan rakan-rakan China dalam atmosfera berdaya saing,” Hariri menegaskan.

Pada penurunan nilai mata wang Yuan China terhadap mata wang utama, dia berkata, “Pertukaran ini adalah normal dan ia tidak akan menjejaskan ekonomi Iran, walaupun ia akan mengembangkan eksport-eksport China.”

Hariri menambah, dagangan seimbang Iran-China selalu memihak kepada Iran, menambah, ia merupakan petanda baik “bahawa kami akan menjual barangan kami pada harga yang lebih tinggi dan dalam jangka waktu sama barang-barang import pada harga rendah.”

ARTIKEL YANG SAMA