Firma Korea S yakin perjanjian perumahan Saudi AS$20bn

Firma Korea S yakin perjanjian perumahan Saudi AS$20bn

SEOUL, 28 Mac (AFP) – Kontraktor Korea Selatan yang memenangi perjanjian perumahan bersama sekitar AS$20 bilion dengan Arab Saudi mengatakan ia yakin projek itu akan diteruskan meskipun impak harga minyak merosot dalam tabung negara Teluk itu.

Di bawah perjanjian itu, yang mana memorandum persefahaman telah ditandatangani di Seoul minggu lalu, konsortium tiga parti itu akan membina 100,000 unit rumah dan infrastruktur berkaitan bagi sebuah bandar baru berhampiran bandar Riyadh dalam masa 10 tahun akan datang.

Konsortium itu termasuk dua firma Korea Selatan, Daewoo Engineering & Construction dan Hanwha Engineering & Construction, di samping firma pembinaan tempatan Saudi Pan Kingdom.

Harga saham Daewoo dan Hanwha telah menurun dalam pasaran saham Seoul baru-baru ini, di tengah-tengah persoalan sama ada kerajaan kaya minyak itu akan dapat membiayai projek besar memandangkan harga minyak pada masa ini berdepan penurunan.

Namun jurucakap wanita Daewoo Construction, Hong Soo-Jin mengatakan syarikat itu ‘sepenuhnya yakin’ dengan projek itu – perjanjian pembinaan seberang laut paling besar yang dimenangi oleh Korea Selatan – akan direalisasikan.

Hong menekankan bahawa ia adalah projek peribadi yang ditekankan oleh Raja Salman bin Abdulaziz yang naik takhta tahun lepas.

“Memandangkan ia salah satu keutamaan dasar bagi pemimpin baru itu, kami melihat projek itu suatu yang sangat utuh dan boleh dipercayai,” ujar Hong.

ARTIKEL YANG SAMA