Firma minyak berdepan tekanan

Firma minyak berdepan tekanan

HONG KONG, 10 Dis – Keadaan bimbang tersebar di seluruh bursa saham Asia hari ini dengan pelabur dikejutkan dengan penjualan mendadak minyak sekaligus menyebabkan pasaran serantau merosot.

Dengan minyak mentah mencecah tahap rendah tujuh tahun, firma minyak menerima tekanan selanjutnya, ekoran lebih banyak kerugian yang dicatat di Wall Street.

“Hari ini adalah mengenai tindakan berisiko.

Minyak masih amat rendah pada harga ini, yang membimbangkan sekarang adalah status quo untuk mengelak risiko untuk pelabur,” beritahu Mitsushige Akino, pegawai eksekutif di Ichiyoshi Asset Management Co di Tokyo, kepada Bloomberg News.

Sementara harga minyak meningkat dalam perniagaan Asia, pemerolehan adalah kecil berbanding dengan kerugian kira-kira sembilan peratus yang dicatat sejak kartel OPEC pada Jumaat memutuskan tidak akan memotong pengeluaran meskipun kemelesetan global dan permintaan lembap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA