Firma pulpa dan kertas terbesar berhenti potong pokok

Firma pulpa dan kertas terbesar berhenti potong pokok

JAKARTA, 3 Jun (Reuters) – Salah sebuah firma pulpa dan kertas terbesar di Asia berkata hari ini ia akan berhenti mendapatkan sumber daripada hutan semula jadi empat tahun lebih awal daripada dirancang, dalam usaha untuk mengurangkan pembasmian hutan dan melindungi tanah gambut, satu tindakan yang dialu-alukan oleh kumpulan hijau.

Asia Pacific Resources International Limited (APRIL) membawa ke depan komitmen sebelumnya untuk menggunakan bekalan dari ladangnya sendiri pada tahun 2019, dan kini akan bekerja dengan kumpulan hijau untuk mengelak memajukan tanah gambut, mengembang kawasan pemuliharaan dan menyelesaikan konflik sosial mengenai tanahnya.

“Ia adalah satu langkah besar dalam perjalanan 15-tahun kami,” kata Presiden APRIL Praveen Singhavi.

APRIL dan firma pulpa dan kertas lain telah pun dikritik kerana tidak melakukan secukupnya untuk menghentikan pembasmian hutan dan pemusnahan tanah gambut yang kaya dengan karbon di Indonesia.

APRIL memiliki ladang yang merangkumi kira-kira 480,000 hektar dan telah memelihara kira-kira 320,000 hektar kawasan hutan semula jadi di Indonesia.

“Komitmen ini oleh APRIL ialah satu langkah menggalakkan ke arah pengeluaran yang bertanggungjawab dan mampan,” kata Aditya Bayunanda daripada WWF Indonesia.