Firma tenaga menurun dalam dagangan Asia

Firma tenaga menurun dalam dagangan Asia

HONG KONG, 23 Ogos – Firma tenaga mencatatkan penurunan dalam dagangan Asia hari ini ketika harga minyak terus mengalami kerugian seperti hari sebelumnya dan kebimbangan baru tentang bekalan berlebihan sejagat.

Malah kejatuhan nilai dolar, yang lazimnya membuatkan minyak mentah lebih murah, tidak dapat menghentikan kejatuhan komoditi selepas Iraq memperlihatkan pemulihan dalam penghasilan dan para pemberontak di pengeluar utama minyak, Nigeria mengumumkan gencatan senjata.

Para pelabur juga terkatung-katung ketika mereka menantikan ucaptama ketua Federal Reserve Janet Yellen dengan mengharapkan beberapa wawasan dalam ekonomi AS dan rancangan bank bagi kenaikan kadar faedah akan dating.

Selepas pulih selama tujuh hari yang meletakkan minyak dalam pasaran naik – lonjakan 20 peratus dari kadar rendah kebelakangan – komoditi terlindung sejak awal minggu ini.

Dalam dagangan sebelah pagi hari ini, West Texas Intermediate jatuh 1.5 peratus kepada AS$46.70 dan Brent jatuh 1.3 peratus kepada AS$48.54.

Firma tenaga dalam dagangan Asia catat penurunan semalam ketika harga minyak terus merosot dan kebimbangan baru tentang bekalan berlebihan sejagat. – AFP
Firma tenaga dalam dagangan Asia catat penurunan semalam ketika harga minyak terus merosot dan kebimbangan baru tentang bekalan berlebihan sejagat. – AFP

Semalam, West Texas Intermediate jatuh 2.9 peratus dan Brent 3.4 peratus selepas Iraq membayangkan kemungkinan pertambahan dalam pengeluaran dari padang minyak Kirkuk di bawah perjanjian antara rantau itu dan menteri minyak baru negara itu.

Dan Sabtu lalu Niger Delta Avengers mengumumkan gencatan senjata bersyarat dan bersetuju mengadakan rundingan dengan kerajaan ekoran serangan selama berbulan-bulan di tapak minyak dan gas utama.

Dua perkembangan itu menyusuli pertumbuhan yang membantu Brent pada minggu lalu melebihi AS$50 buat pertama kali sejak awal Julai dan para penganalisis memberi amaran tentang kejatuhan seterusnya.

“Kita menyaksikan sedikit keuntungan,” Ric Spooner, ketua penganalisis CMC Markets di Sydney, memberitahu Bloomberg News. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA