Fish & Co perkenal menu baru

Fish & Co perkenal menu baru

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Fish & Co, anak syarikat Royal Brunei Catering, telah memperkenalkan 10 menu baru di bawah promosi Happy Lunching, bermula hari ini.

Dalam promosi ini, pelanggan boleh memilih salah satu daripada 10 hidangan yang ditawarkan dan setiap satu akan didatangkan bersama sup khas (mengikut hari), segelas minuman ringan dan aiskrim pada harga menarik.

Barisan hidangan yang diperkenalkan termasuk Salmon Pizza, Grilled Hake Black Pepper, Singapore Fish & Chips, Swiss Fish & Chips, Black Pepper Chicken Baked Rice, Spaghetti Pomodoro, Grilled Peri-peri Chicken with Artic Fish, Grilled Salmon Mediterranean, Buffalo wings dan Chicken Arrabbiata.

Salah satu menu baru di Fish & Co yang mula diperkenalkan baru-baru ini.
Salah satu menu baru di Fish & Co yang mula diperkenalkan baru-baru ini.

Set ini juga boleh didapati di Fish & Co, Berakas bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang sahaja setiap hari Isnin hingga Khamis dan ia tidak termasuk dalam potongan harga bagi pemegang Kad RBC Dining Previllege.

Sementara itu di Seasons Restaurant pula kini menawarkan Festival Makanan Baba dan Nyonya yang telah berlangsung sejak 27 Ogos hingga 10 September ini, yang mana dari pukul 11:30 pagi hingga 2:00 petang pelanggan boleh menikmati hidangan ala carte manakala dari pukul 7:00 hingga 10:00 malam disediakan bufet makan malam.

ARTIKEL YANG SAMA