Fish & Co tampil 2 hidangan baru

Fish & Co tampil 2 hidangan baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Restoran Fish & Co Sdn Bhd kini menampilkan hidangan terbarunya iaitu Prawns Deluxe dan Premium Fish & Chips yang boleh didapati di restoran berkenaan yang terletak di Citis Square, Berakas.

Hidangan terbaru ini begitu sesuai bagi para pelanggan yang berminat dengan hidangan telur masin.

Prawns Deluxe yang begitu menyelerakan disaluti dengan sos telur masin manakala itu, hidangan Premium Fish & Chips pula menampilkan isi ikan yang diisikan dengan telur masin dan disaluti dengan adunan yang rangup.

Hidangan Prawns Deluxe yang bersalut sos telur masin.
Hidangan Prawns Deluxe yang bersalut sos telur masin.

ARTIKEL YANG SAMA