Fish & Co. tawar promosi menarik

Fish & Co. tawar promosi menarik

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Restoran Fish & Co. turut meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) ke-32 dengan menawarkan promosi sehari yang menarik.

Menerusi promosi ini, mereka yang memesan mana-mana hidangan utama di Fish & Co yang terletak di Citis Square, Berakas, semasa Hari Kebangsaan dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam, akan layak memesan promosi tambahan yang termasuk Teh Tarik Latte dan Mini Hot Fudge.

Kad Keistimewaan RBC (RBC Dining Privilege Card) tidak dapat digunakan bagi promosi ini, walau bagaimanapun, pemegang kad masih boleh mendapatkan diskaun 10 peratus bagi semua menu ala carte di Fish & Co. (kecuali yang dinyatakan).

Mini Hot Fudge, salah satu promosi tambahan di Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32.
Mini Hot Fudge, salah satu promosi tambahan di Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32.