Fitment Tyre buka cawangan kedua

Fitment Tyre buka cawangan kedua

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Atas permintaan yang semakin meningkat daripada para pelanggannya, Fitment Tyre telah membuka cawangan keduanya di Telanai, di sini, dengan majlis pelancarannya baru-baru ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan 4WD Brunei, Haji Jumat bin Haji Taha, selaku tetamu kehormat.

Bersempena dengan pembukaan cawangan barunya ini, Fitmen Tyre menawarkan beberapa promosi di mana pada hari pembukaan itu, hadiah-hadiah percuma diberikan kepada enam pelanggan pertama yang mengganti tayar kereta mereka tanpa mengira saiznya.

Sementara itu, pada 15 Jun lalu pula, enam baucar diskaun bernilai $50 dan $40 juga diberikan kepada enam pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan mereka atau membuat pembelian di kedai dan ia akan diteruskan dengan promosi Hari Raya menerusi tawaran harga yang menarik.

Upacara memotong reben tanda perasmian cawangan kedua Fitment Tyre di Telanai.
Upacara memotong reben tanda perasmian cawangan kedua Fitment Tyre di Telanai.

Menurut Rakan Perniagaan, Vincent Sia, Fitment Tyre pertama mula beroperasi di Bengkurong, dan dengan jumlah pelanggan mereka yang semakin meningkat, pihak pengurusan membuat keputusan untuk membuka satu lagi cawangan bagi kemudahan pelanggan mereka.