Fitness Zone sambut ulang tahun ke-9

Fitness Zone sambut ulang tahun ke-9

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Fitness Zone cawangan Kiulap telah menyambut ulang tahunnya yang ke-9 hari ini dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menceriakan seperti program kesedaran kecergasan, latihan jeda intensiti tinggi Les Mills dan pelbagai lagi, bertempat di Fitness Zone, Kiulap.

Sambutan diadakan seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Terdapat gerai/petak jualan daripada para penaja bagi mempamerkan barangan mereka termasuklah BMW, Brewcoffee Department, Sweetcuts Asia, dan juga Redbull.

Bersempena dengan ulang tahun berkenaan, Fitness Zone turut menyampaikan anugerah kesetiaan kepada pasangan suami isteri, Dato Paduka Haji Talib bin Haji Berudin dan Datin Norzainah binti Haji Mohd Salleh, yang diwakili oleh anaknya, Awang Zurairi disampaikan oleh Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun.

Wu Chun ketika menyampaikan anugerah kesetiaan kepada Awang Zurairi selaku wakil ibu bapanya.
Wu Chun ketika menyampaikan anugerah kesetiaan kepada Awang Zurairi selaku wakil ibu bapanya.

Dato Paduka Haji Talib dalam kenyataannya berkata, beliau percaya bahawa senaman adalah ubat yang terbaik untuk sentiasa membuatkan seseorang itu cergas secara fizikal dan juga sihat.

Katanya, bersenam untuk hidup yang gembira dan sihat adalah satu kemestian di sepanjang kehidupan kita.

Manakala Wu Chun pula berkata, beliau berterima kasih kepada semua penaja, rakan kongsi, orang ramai, media dan kumpulan-kumpulan/pertubuhan yang telah menyokong kami bukan sahaja bagi sambutan acara ini, tetapi selama beberapa tahun kebelakangan ini dan sejak Fitness Zone ditubuhkan.

ARTIKEL YANG SAMA