Fizikal tinggi kelebihan untuk Singapura

Fizikal tinggi kelebihan untuk Singapura

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Acara bola jaring Sukan Sekolah-sekolah ASEAN Kali Ke-7 (ASG7) Brunei Darussalam 2015 bermula petang ini dengan dua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

Dalam perlawanan pertama, pasukan pilihan, Singapura yang para pemainnya mempunyai kelebihan fizikal yang tinggi berbanding pemain tuan rumah, Brunei Darussalam tidak menghadapi masalah untuk menang dengan jaringan 69-15.

Sementara sebuah lagi pasukan pilihan iaitu Malaysia turut tidak menghadapi kesukaran untuk mencatatkan kemenangan ke atas Thailand dengan jaringan 64-17 pada perlawanan kedua.

Acara bola jaring ASG7 akan diteruskan lagi esok dengan dua perlawanan bermula dengan pertembungan menarik dua pasukan terkuat Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Singapura pada pukul 8:00 pagi disusuli dengan Thailand lawan Brunei Darussalam pada pukul 10:00 pagi.

Aksi perlawanan pertama acara bola jaring ASG7 2015 antara Brunei Darussalam (kuning) dengan Singapura.
Aksi perlawanan pertama acara bola jaring ASG7 2015 antara Brunei Darussalam (kuning) dengan Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA