Flanagan ingin beralih ke Burnley

Flanagan ingin beralih ke Burnley

LIVERPOOL, 21 Julai – Pertahanan Liverpool, Jon Flanagan sedang menimbang untuk berpindah ke Burnley menerusi pinjaman.

Pertahanan tengah itu tidak beraksi pada perlawanan jelajah pra musim The Reds bertemu Huddersfield, semalam dan diberikan peluang untuk menyertai kelab yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bagi musim depan.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah pun menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama Liverpool pada Mac lalu.

Flanagan yang juga pemain kebangsaan England kembali ke pasukan utama pada Januari lalu selepas terpaksa berehat selama 20 bulan susulan kecederaan yang diperolehnya ketika jelajah pra musim pada 2014.

Flanagan sedang membuat penimbangan untuk berpindah ke Burnley menerusi pinjaman. – AFP
Flanagan sedang membuat penimbangan untuk berpindah ke Burnley menerusi pinjaman. – AFP

Dia sekadar melakukan lapan penampilan bersama The Reds musim lalu termasuk aksi pertama dalam pusingan tiga Piala FA di mana Liverpool menang 3-0 ke atas Exeter pada 20 Januari.

Malah, dia turut menyarung lilitan kapten ketika Liverpool mencatat kekalahan 3-2 kepada Southampton pada 20 Mac lalu. Flanagan satu-satunya pemain yang lahir daripada akademi Liverpool yang masih beraksi bersama skuad utama pasukan itu dan sudah memiliki 50 kap sejak penampilan sulungnya pada 2011.

Musim terbaiknya ialah pada 2013/14 di mana dia tampil dalam 25 perlawanan bersama pasukan itu dan menjadi antara tonggak skuad bekas jurulatih, Brendan Rodgers yang hampir menjulang trofi EPL. – Agensi