Flat terbakar: 2 kanak-kanak antara yang cedera

Flat terbakar: 2 kanak-kanak antara yang cedera

Oleh Nuri Sufri

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Dua kanak-kanak adalah antara enam orang yang menjadi mangsa kejadian kebakaran sebuah flat kerajaan di Anggerek Desa petang ini.

Panggilan kecemasan dibuat kira-kira pukul 4.29 petang ini apabila api mula merebak di tingkat dua bangunan tersebut, bermula dari sebuah bilik tidur di flat itu.

Dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan lima tahun serta empat mangsa lain telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) oleh orang ramai bagi mendapatkan rawatan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat segera berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran. Turut berada di situ iaitu anggota-anggota Polis Diraja Brunei dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Api sedang marak di salah sebuah unit tingkat dua flat kerajaan di Anggerek Desa petang kelmarin.
Api sedang marak di salah sebuah unit tingkat dua flat kerajaan di Anggerek Desa petang kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA