Florenzi: Fokus bola sepak, bukan pengganas

Florenzi: Fokus bola sepak, bukan pengganas

MILAN, 23 Mac (AFP) – Alessandro Florenzi menegaskan tumpuan Azzurri adalah bola sepak, dan bukan ancaman serangan pengganas, ketika mereka meneruskan persediaan Euro 2016 dengan aksi persahabatan menentang Sepanyol dan Jerman.

Itali akan menghoskan juara Eropah, Sepanyol di Udine esok sebelum membuat kunjungan ke Munich untuk menghadapi juara dunia, Jerman Selasa depan.

Serangan pengganas yang berlaku di Belgium mencetuskan ketakutan Euro 2016 di Perancis menjadi sasaran utama bagi pengganas, begitu juga dengan cadangan sebahagian perlawanan mungkin diadakan secara tertutup.

“Euro adalah persaingan yang seharusnya membawa kegembiraan dan senyuman, bukan ketakutan, kepada orang ramai yang datang untuk menyaksikannya,” Florenzi memberitahu media dari kawasan latihan Coverciano, Itali semalam. “Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba untuk tidak terlalu bimbang dan fokus kepada perkara ini.”

Jurulatih Itali, Antonio Conte sementara itu memikirkan mengenai 28 pemain yang akan diturunkan menentang pasukan pelawat Vincente Del Bosque di Stadio Friuli esok.

Florenzi menegaskan tumpuan Azzurri adalah bola sepak dan bukan ancaman serangan pengganas. – Reuters
Florenzi menegaskan tumpuan Azzurri adalah bola sepak dan bukan ancaman serangan pengganas. – Reuters

Conte menerima kritikan kerana menamakan skuad besar dengan menghubungi midfield Napoli kelahiran Brazil, Jorginho dan penyerang Fiorentina, Federico Bernardeschi buat kali pertama sambil menghubungi semula midfield Paris Saint Germain, Thiago Motta ke dalam skuad itu buat kali pertama sejak Piala Dunia 2014. Tetapi Conte, 46, dengan segera mewajarkan keputusannya itu.

“Dua perlawanan ini dan sesi latihan yang kami lakukan akan membantu saya untuk menguji beberapa pemain dan melihat sama ada pemain seperti Thiago Motta, boleh memainkan perana bagi kami pada beberapa kedudukan,” kata Conte, yang minggu lalu mengumumkan dia akan meletak jawatan selepas perlawanan.

Conte kehilangan pemain utama di bahagian midfield PSG, Marco Verratti (selangkang), sementara pemain penyerang Torino, Ciro Immobile (tendon) juga tidak dapat beraksi.

Empat tahun lalu Itali mengetepikan rentak hambar untuk mara ke Euro 2012 menerusi jaringan Mario Balotelli dalam kemenangan separuh akhir ke atas Jerman.