Fluffy dilepaskan semula ke laut

SYDNEY, 12 Sept – Seekor anak ikan yu yang mengejutkan orang yang melihat apabila ia terdampar di pantai Sydney dilepaskan semula ke laut hari ini selepas disimpan dalam akuarium semalaman.

Haiwan sepanjang 1.5 meter, digelar “Fluffy” oleh pakar marin, terdampar di pantai Manly semalam.

“Apabila anda melihat ikan yu sebenar, ia menakutkan,” beritahu Dan Korocz, yang berada di pantai bersama keluarganya, kepada Australian Broadcasting Corporation.

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dua tahun dan kami berada di pinggir air apabila ia muncul.”

Beberapa percubaan dilakukan untuk mengembalikan haiwan mamalia yang cedera itu ke laut oleh kakitangan Tempat Perlindungan Hidupan Laut Manly, namun ia asyik kembali ke pantai.

Kumpulan Hidupan Laut seterusnya meletakkan haiwan tersebut dalam ambin dan membawanya ke kolam berhampiran, menarik perhatian ramai orang, sementara mereka menimbang apa yang patut dilakukan.

Seterusnya mereka membawa ikan yu ke pusat perlindungan, di mana keadaannya dinilai dan ia menunjukkan pemulihan yang baik semalaman, kata pengurus akuarium di pusat perlindungan Robbie McCracken.

“Fluffy” dilepaskan ke lautan terbuka selepas dibawa dalam tangki air di sebuah bot hari ini.

“Haiwan itu lebih sesuai sembuh dalam persekitarannya,” beritahu McCraken di Nine Network, menambah ‘adalah amat luar biasa’ untuk ikan yu terdampar sendiri. – AFP