Flywheel ikat SPS 1-1

Flywheel ikat SPS 1-1

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Kejohanan Liga 3 Penjuru 11 Orang Sepasukan anjuran Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan diteruskan lagi hari ini di Padang Bolasepak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas yang menyaksikan Flywheel FC terikat 1-1 dengan SPS United.

Pada babak pertama menyaksikan Flywheel FC telah didahului oleh SPS United pada minit ke-13 apabila sepakan salah seorang pemain SPS United menuju tepat ke pemain Flywheel FC, Awang Mohd Jaffar bin Haji Daud dan akhirnya bola tersebut masuk ke dalam gawang sendiri Flywheel FC, menjadikan keputusan 1-0.

Namun, dua minit selepas itu pada minit ke-15, Flywheel FC telah menjadikan keputusan seri 1-1 apabila Awang Hazwan bin Haji Abdul Hamid merembat bola dari luar petak D, melemaskan penjaga gawang SPS United.

Pada babak kedua, SPS United dilihat banyak menguasai bola dan juga serangan namun tidak ada serangan yang dapat menembusi gawang Flywheel FC hinggalah perlawanan ditamatkan oleh pengadil perlawanan.

Salah satu aksi di perlawanan antara SPS United (jersi oren) dengan Flywheel FC (jersi biru).
Salah satu aksi di perlawanan antara SPS United (jersi oren) dengan Flywheel FC (jersi biru).

Flywheel FC masih gagal mencari kemenangan pertamanya yang sebelum ini hanya pernah seri dan tewas dan ini pula perlawanan kelima bagi SPS United yang sebelum ini menang dua dan tewas dua kali.

Perlawanan seterusnya ialah di antara SP Satu YunaitIdeu menentang CP2 pada 7 Februari, jam 4:30 petang, di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA