Fokus bantu PSG juarai L1

Fokus bantu PSG juarai L1

PARIS, 7 Mei (AFP) – Paris Saint-Germain perlu fokus untuk memenangi memenangi gelaran Ligue 1 ketiga berturut-turut, kata jurulatih Laurent Blanc walaupun pasukan dilanda kecederaan ketika menunggu kunjungan pasukan Guingamp dari Brittany esok.

Zlatan Ibrahimovic yang kembali daripada penggantungan pasti meningkatkan rentak PSG yang sudah mengutip 74 mata dengan baki tiga perlawanan manakala Lyon, tiga mata di belakang, mempertaruhkan mesin gol mereka Alexandre Lacazette untuk mengatasi pasukan Paris.

“Saya tidak tahu sama ada kami akan berakhir sebagai juara tetapi lima atau enam perlawanan yang lepas kami adalah lawan yang sukar,” kata Blanc selepas kemenangan 2-0 hujung minggu lalu di Nantes untuk kemenangan keenam liga berturut-turut dengan penyerang Sweden itu mempamerkan prestasi menarik.

“Ia hanya mengenai tumpuan dan kesungguhan untuk kembali memenangi bola. Rentak semasa kami menarik disebabkan tumpuan pasukan,” jelas beliau.

Blanc menyaksikan pemainnya menentang Nantes dalam aksi L1 3 Mei lalu. – Reuters
Blanc menyaksikan pemainnya menentang Nantes dalam aksi L1 3 Mei lalu. – Reuters

Kecederaan dan penggantungan menyebabkan benteng PSG terancam kepada serangan Guingamp dan pemain tajam mereka Claudio Beauvue pasti berminat untuk mendengar midfield Thiago Motta mungkin menggalas tugas sebagai pertahanan tengah. Marquinos mungkin mengambil posisi di sebelah kanan.

Gregory van der Wiel digantung, David Luiz mengalami kecederaan kaki, Serge Aurier cedera paha dan Guingamp datang ke Paris selepas jurulatih mereka Jocelyn Gourvennec disenarai pendek sebagai pengurus tahun ini selepas kelab berjaya mencecah 16 pasukan terakhir Liga Europa.

Sabtu ini, Lyon di tempat kedua akan pergi ke Caen yang diancam penyingkiran dengan bekalan empat kemenangan dan sekali seri daripada lima perlawanan mereka.

Penyerang mereka Lacazette dengan 27 gol dijangka memenangi anugerah Pemain Tahunan Perancis minggu depan dan dia terdesak untuk meningkatkan jumlah jaringan kepada 30 gol pada akhir musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA