Fokus Mourinho beralih ke Liga Europa

Fokus Mourinho beralih ke Liga Europa

PARIS, 14 Sept – Baru sahaja memberikan para pemainnya masa bersuka ria, tumpuan Jose Mourinho daripada kekalahan perlawanan derby kini beralih kepada aksi Eropah dengan perlawanan pembukaan Liga Europa menentang Feyenord pada Jumaat ini waktu Brunei.

Ia akan menjadi perlawanan pertama pengurus Portugal itu dalam kejohanan peringkat kedua Eropah sejak memenangi Piala UEFA bersama Porto dalam 2003 dan berkata dia akan mengambil perhatian serius mengenainya.

Kempen tanpa kalah Mourinho sebagai pengurus United dihentikan pada Sabtu lepas apabila pasukan kendalian musuh ketatnya Pep Guardiola, Manchester City meninggalkan Old Trafford dengan kemenangan 2-1.

United boleh menjangkakan perlawanan pembukaan Kumpulan A yang sukar di Feyenoord, yang berada di tangga teratas liga Belanda setelah memenangi kesemua lima perlawanan mereka musim ini dan mempunyai pengalaman dalam kejohanan itu.

Sementara itu, pemain penyerang midfield United, Juan Mata memberi amaran selepas kekecewaan hari derby, kini tiada masa untuk meraung.

Jose Mourinho ketika mengendalikan latihan pasukannya menjelang perlawanan pembukaan mereka dalam saingan Liga Europa Jumaat ini.  - AFP
Jose Mourinho ketika mengendalikan latihan pasukannya menjelang perlawanan pembukaan mereka dalam saingan Liga Europa Jumaat ini. – AFP

“Hari Khamis ini (Jumaat waktu Brunei) kami akan bermain perlawanan pertama di Liga Europa, perlawanan di tempat lawan di Feyenoord, sesuatu yang klasik dalam bola sepak Eropah,” ujar Mata dalam blog mingguannya.

“Ia akan menjadi penampilan yang mencabar dalam kejohanan ini,” tambahnya dalam perjalanan ke perlawanan akhir di Stockholm pada Mei tahun depan.

Mourinho berkata bahawa penyerang sensasi muda Marcus Rashford akan bermain selepas aksi yang begitu memberangsangkan bersama pemain midfield Ander Herrera Sabtu lepas.

“Dia (Rashford) akan bermain adalah satu-satunya yang boleh saya katakan. Saya mempercayainya sepenuhnya dan saya tahu masa depannya akan menjadi begitu hebat,” ujar Mourinho, yang membidas sebahagian pemainnya selepas kekalahan ke atas City, terutamanya pemain pertahanan Eric Bailly. – AFP