Food Con Tutong kembali lagi

Food Con Tutong kembali lagi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 2 Okt – Lebih 60 pengusaha makanan, minuman dan sebagainya telah mendaftar bagi sama-sama menyokong Tutong Food Con yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini, di Kawasan Ruang Legar Hua Ho Petani Mall, Tutong.

Acara yang diperkenalkan pada Oktober 2014 ini dinilai berkesan sebagai program menyatupadukan masyarakat, sekali gus memenuhi cita rasa dan iklim perniagaan pada masa ini khususnya dalam kalangan belia remaja serta para penduduk dan masyarakat di daerah ini yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Sokongan padu pihak Syarikat Hua Ho Petani Mall, Tutong selaku penyedia kawasan telah memberi peluang kepada ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di daerah ini dan beberapa pengusaha makanan dalam talian mengetengahkan produk mereka.

Penyertaan yang sangat menggalakkan ini jelas memberi gambaran yang positif akan adanya perubahan minda serta kesedaran masyarakat di daerah ini untuk lebih menceburi aktiviti perniagaan selain berusaha dan berdikari serta merebut peluang-peluang yang ada demi meningkatkan pendapatan masing-masing melalui aktiviti-aktiviti berbentuk perekonomian.

Salah satu makanan yang dijual di Food Con Tutong.
Salah satu makanan yang dijual di Food Con Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA