FoodPanda, Bibiyana jalin kerjasama

FoodPanda, Bibiyana jalin kerjasama

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 30 Nov – Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian (online) FoodPanda kini bekerjasama dengan Restoran dan Katering Bibiyana untuk penghantaran makanan ala Utara dan Selatan India yang disediakan oleh restoran berkenaan bermula esok (1 Disember).

Pengurus Pemasaran dan Jualan FoodPanda, Awang Nabil Ibrahim memberitahu hari ini, dengan adanya perkhidmatan penghantaran tersebut orang ramai terutama peminat-peminat hidangan masakan Utara dan Selatan India di Daerah Belait akan berpeluang menikmati makanan tersebut walaupun tanpa perlu pergi ke restorannya.

Hidangan seperti Nasi Briyani Ayam, Briyani Kambing, Kari Ayam Andra adalah antara yang menjadi kegemaran masyarakat di Kuala Belait dan Seria dan kini ia boleh ditempah dengan hanya melayari laman sesawang FoodPanda Brunei.

Awang Nabil Ibrahim semasa acara menyerahkan sijil tanda memulakan perkongsian dalam perkhidmatan penghantaran makanan secara online dengan Pengurus Restoran dan Katering Bibiyana.
Awang Nabil Ibrahim semasa acara menyerahkan sijil tanda memulakan perkongsian dalam perkhidmatan penghantaran makanan secara online dengan Pengurus Restoran dan Katering Bibiyana.

Restoran dan Katering Bibiyana akan menjadi restoran ke-14 menyertai FoodPanda bagi cawangan Kuala Belait dan Seria, di samping Burger King, Kate’s Catering, Excapade, Restoran Indah Damai dan beberapa restoran lainnya.

  FoodPanda setakat ini telah berkerjasama dengan kira-kira 80 buah restoran dan rakan kongsi pemasaran untuk terus meningkatkan perkhidmatan penghantaran bagi memberikan yang terbaik dan menyelesakan melalui perkhidmatan penghantaran online di negara ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tempahan makanan dalam talian FoodPanda Brunei yang bermula jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari itu bolehlah melayari media sosial mereka dalam Facebook atau Instagram foodpandabrunei.

ARTIKEL YANG SAMA