Forbes: Individu jutawan paling ramai di Asia Pasifik

Forbes: Individu jutawan paling ramai di Asia Pasifik

SINGAPURA, 2 Mac (Bernama) – Individu bertaraf jutawan paling ramai di Asia Pasifik pada 2016, dengan 590 orang, demikian menurut ranking terkini 30 FORBES bagi senarai tahunan jutawan dunia.

Ia diikuti Amerika Syarikat dengan seramai 540 jutawan, manakala Eropah mempunyai 489 jutawan.

Dalam terbitan 21 Mac 2016 majalah itu, FORBES menyenaraikan jutawan dari 67 negara dan wilayah tahun ini berbanding 70 pada 2015. Ia berkata tahun ini, tiada jutawan dari Guatemala, Kuwait, Lithuania, St Kitts and Nevis dan Uganda. “Kekayaan semakin meluas ke tempat baharu dunia, dengan Qatar, kini turut tersenarai,” katanya.

Mengikut negara, Amerika Syarikat mendahului dengan bilangan terbesar jutawan, seramai 540, diikuti China (251), Jerman (120), India (84) dan Rusia (77). California sahaja mempunyai 131 jutawan, termasuk sembilan pendatang baharu. Secara individu, FORBES kata Bill Gates sekali lagi mengungguli sebagai orang paling kaya di dunia.

ARTIKEL YANG SAMA