Ford Australia henti pengeluaran

Ford Australia henti pengeluaran

SYDNEY, 7 Okt – Kereta Ford buatan Australia terakhir keluar dari kilang pemasangan pada hari ini, menamatkan satu era yang bermula pada 1925 dengan Model T, tatkala industri kereta tempatan itu beransur-ansur lenyap.

Ford mengumumkan tiga tahun lalu ia akan berhenti mengeluarkan kenderaan di kilangnya yang tidak menguntungkan di Australia, satu keputusan yang sama dengan dua pengeluar kereta besar lain, cawangan syarikat AS General Motors Holden dan Toyota, yang akan menamatkan pengeluaran pada 2017.

Kesemua tiga syarikat menyalahkan kombinasi faktor termasuk kekuatan dolar Australia dan pasaran yang semakin sukar. Mitsubishi menutup kilangnya di Adelaide pada 2008.

“Hari ini ia merupakan hari beremosi untuk semua kumpulan Ford Australia,” kata ketua eksekutif Graeme Whickman, yang menambah syarikat telah menghabiskan tiga tahun membantu kira-kira 1,200 pekerja yang tidak diperlukan untuk beralih kepada peluang lain.

Ford sedang menutup kilangnya di Broadmeadows dan Geelong di negeri Victoria. Sementara pengeluaran akan berhenti, syarikat masih kekal di Australia sebagai pengimport dan peniaga, menggaji kira-kira 1,500 orang.

Gambar yang disediakan oleh Ford Motor Co. Australia, menunjukkan Falcon XR6 enam silinder merupakan kenderaan jenama Ford yang terakhir dikeluarkan di kilang Broadmeadows Ford Motors di Melbourne, Australia pada 7 Oktober. – AP
Gambar yang disediakan oleh Ford Motor Co. Australia, menunjukkan Falcon XR6 enam silinder merupakan kenderaan jenama Ford yang terakhir dikeluarkan di kilang Broadmeadows Ford Motors di Melbourne, Australia pada 7 Oktober. – AP

“Ramai orang memikirkan industri kereta sedang ditutup di Australia tetapi ia bukan kesnya di Ford,” kata Wickman.

“Tatkala industri beralih, kami menjangka menjadi majikan kereta terbesar negara pada tahun 2018. Ia akan termasuk kira-kira 1,500 pekerja berkemahiran tinggi di seluruh profesion seperti kejuruteraan dan reka bentuk.”

Dave Smith, daripada Kesatuan Pekerja Pengeluaran Australia, berkata ia adalah hari yang sukar untuk 600 orang yang tidak akan mempunyai pekerjaan pada Isnin ini, namun berkata Ford telah mengendalinya dengan baik.

Tiga kereta terakhir yang keluar dari kilang pemasangan sedang dijual secara rafel kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan mereka.

“Ford adalah jenama ikonik, mereka membina kereta klasik dalam tahun-tahun sebelum ini dan orang benar-benar rasa mereka adalah sebahagian daripada jenama berkenaan,” kata beliau.

“Dan sudah tentunya kereta berkenaan telah pun dibina tanpa mereka. Mereka dan kemahiran mereka. Maka ia adalah hari yang amat menyedihkan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA