Ford catat jualan 844 unit

Ford catat jualan 844 unit

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ford Motor Company mencatatkan jualan sebanyak 844 unit pada September 2015, hasil daripada permintaan berterusan bagi model Ranger dan Fiesta.

Ini membantu meningkatkan jualan suku ketiga Ford sebanyak 34 peratus kepada 2,691 unit daripada suku sebelumnya.

Trak pikap Ranger terus menjadi jualan paling laris Ford di Malaysia dengan jualan runcit pada September sebanyak 643 unit.

“Keseluruhannya, jualan suku ketiga Ranger meningkat 51 peratus daripada suku sebelumnya kepada 1,993 unit. Setakat tahun ini, jualan Ranger naik 14 peratus kepada 6,814 unit,” kata Ford dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ford menjangkakan model Ranger baharu, yang dilancarkan pada 9 Okt, memberikan rangsangan tambahan kepada keseluruhan jualan akhir tahun ini.

Sementara itu, model sporty Fiesta menyumbang jualan sebanyak 95 unit pada September, meningkatkan jualan suku ketiga sebanyak 33 peratus kepada 322 unit berbanding suku sebelumnya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA